1.0 Laporan Pertandingan
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kelab Catur PSIS sekali lagi dapat menjayakan Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Jun 2016 pada 3 September 2016 yang lalu seiring dengan semangat kemerdekaan Malaysia yang ke 59 yang masih terasa. Kejohanan Catur pada kali ini adalah anjuran kelab catur – DRS2071 dan Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan.
Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib dan Pairing Arbiter Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan bergambar kenang-kenangan bersama dengan para peserta Kejohanan Catur Rapid Terbuka Politeknik Sultan Idris Shah (Psis) Sesi Jun 2016
Kejohanan berjalan dengan lancer dan jayanya mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kesemua peserta juga telah memberi komitmen yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Para peserta sedang fokus terhadap permainan catur masing-masing.
Para pemain yang bermain di meja utama sambil diperhatikan oleh Chief Arbiter Muhamad Anuar Bin Marsib
Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS sesi Jun 2016 ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar bagi mengendalikan sesebuah program seperti yang telah dipelajari dalam tajuk “Pengurusan Aktiviti”. Ini kerana, untuk menjayakan program ini pelajar perlu melaksanakan beberapa perkara seperti membentuk Organisasi, mengadakan mesyuarat, menghantar surat permohonan, membuat kertas kerja, melaksanakan tugas yang telah diagihkan dan akhir sekali melaksanakan program (membantu pelajar untuk mencapai CLO1 (Mempamerkan kompetensi kemahiran khusus yang dipelajari) dan CLO2 (Bekerjasama menganjurkan aktiviti berdasarkan penguasaan kemahiran yang dipelajari).
Tersenyum gembira Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib dan Pairing Arbiter bersama dengan Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan di meja Arbiter melihat pertandingan berjalan lancar.
Kejohanan Catur ini telah disertai seramai 66 orang peserta. Para peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program ini dimulai dengan pendaftaran para peserta pada jam 8 pagi dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Pada jam 9.15 pagi, pendaftaran ditutup dan penasihat kelab catur PSIS iaitu Encik Muhammad Anuar Bin Marsib menyampaikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai peraturan pertandingan ini, sebelum pertandingan dimulakan.
Pusingan pertama bermula pada jam 9.30 pagi. Masa yang diperuntukkan untuk setiap pusingan adalah 40 minit dan 15 minit masa rehat diberikan sebelum memulakan pusingan seterusnya hingga ke pusingan keenam.
Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:-
Jadual 1 : Tentatif Program Kejohanan Catur Terbuka PSIS Sesi Jun 2016
Tarikh : 3 September 2016 | ||
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS | ||
Masa | Perkara | AJK Pelaksana |
8.30-9.00 pagi | Pendaftaran | AJK pendaftaran |
9.00-9.10 pagi | Ucapan penasihat kelab | AJK Protokol & Cenderahati |
9.10-9.50 pagi | Pusingan Pertama | AJK Pertandingan |
10.00 -10.40 pagi | Pusingan Kedua | AJK Pertandingan |
10.40 – 11.00 pagi | Berehat | AJK Makanan |
11.00-11.40 pagi | Pusingan Ketiga | AJK Pertandingan |
11.50 pagi – 12.30 tengahari | Pusingan Keempat | AJK Pertandingan |
12.40 tengahari – 1.20 petang | Pusingan Kelima | AJK Pertandingan |
1.20-2.30 petang | Rehat / Solat Zohor/Makan Tengahari | |
2.30 petang – 3.10 petang | Pusingan Keenam | AJK Pertandingan |
3.20 petang – 4.00 petang | Pusingan Ketujuh | AJK Pertandingan |
4.20 petang – 5.00 petang | Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah | AJK Protokol & Cenderahati |
5.30 petang | Bersurai | AJK Persiapan Tempat & Peralatan |
2.0 Keputusan Pertandingan:
Pertandingan Catur pada kali ini disertai oleh pelajar PSIS daripada berbagai jabatan seperti Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). Para pelajar PSIS telah mempamerkan daya juang yang tinggi untuk memenangi setiap perlawanan .
Berikut merupakan keputusan Kejohanan Catur Terbuka PSIS Jun 2016:
SENARAI NAMA PEMENANG KEJOHANAN CATUR RAPID TERBUKA PSIS JUN 2016
KATEGORI LELAKI
BIL | NAMA PELAJAR | KAD PENGENALAN | KAD MATRIKS |
1. | SHAHIRUL AZRIN BIN MOHD JAZRY | 971208106261 | 17DIB15F2060 |
2. | DEVANDRA A/L MUNIYANDI | 921122086305 | 17JEP14F2003 |
3. | MOHD NAZMY KHAIRUL BIN AZLAN | 980202126725 | 17DAS16F1011 |
4. | MUHAMMAD ZAHIR BIN MUHAMMAD AZHAR | 980813106213 | 17DIB16F1034 |
5. | MUHAMAD AMIRUL FAIZ BIN SAMSUDIN | 970819025335 | 17DSB15F2031 |
Johan Kategori Lelaki : Shahrul Azrin Bin Mohd Jazry 17DIB15F2060
Naib Johan Kategori Lelaki : Devandra A/L Muniyandi 17JEP14F2003
Tempat Ketiga Kategori Lelaki: Mohd Nazmy Khairul bin Azlan 17DAS16F1011Tempat Keempat Kategori Lelaki: Muhammad Zahir bin Muhammad Azhar 17DIB16F1034
Tempat Kelima Kategori Lelaki: Muhamad Amirul Faiz bin Samsudin 17DSB15F2031
Para Pemenang Kategori Lelaki bersama dengan Encik Mohammed Ilias Bin Harun Ketua Unit Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan Politeknik Sultan Idris Shah, Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib serta Pairing Arbiter Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan
KATEGORI WANITA
BIL | NAMA PELAJAR | KAD PENGENALAN | KAD MATRIKS |
1. | NOR HASANAH BINTI HASSAN | 960207105976 | 17DUP14F2038 |
2. | VEEMALESHWARI A/P S. SARAVANAN | 970729105788 | 17DAS15F1097 |
3. | NOR SHAKILA BINTI SALEHUDIN | 971016035542 | 17DIB15F2029 |
4. | AFIQAH BINTI AMRAN | 971107106756 | 17DSK15F2026 |
5. | NURUL AMIRA BINTI MISBAHHOLL MUNIR | 960710086020 | 17DIB14F2027 |
Johan Kategori Wanita: Nor Hasanah binti Hassan 17DUP14F2038
Naib Johan Kategori Wanita: Veemaleshwari A/P S. Saravanan 17DAS15F1097
Tempat Ketiga Kategori Wanita: Nor Shakila binti Salehudin 17DIB15F2029
Tempat Keempat Kategori Wanita: Afiqah binti Amran 17DSK15F2026
Tempat Kelima Kategori Wanita: Nurul Amira binti Misbahholl Munir 17DIB14F2027
Para Pemenang Kategori Wanita bersama dengan Encik Mohammed Ilias Bin Harun Ketua Unit Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan Politeknik Sultan Idris Shah, Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib serta Pairing Arbiter Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Melalui kejohanan ini kita telah dapat mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada kalangan pelajar PSIS. Selain itu pada masa yang sama telah menarik lebih ramai pelajar PSIS untuk meminati sukan catur dengan lebih mendalam sekaligus mewakili PSIS untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di kejohanan catur PMSICO dan SUKIPT.