Quantcast
Channel: Kelab Catur PSIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Pencapaian Pasukan Catur PSIS dalam Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada  1 dan 2 Oktober 2016 pasukan catur PSIS telah menyertai Kejohanan Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED) yang diadakan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang..

Pasukan Catur PSIS telah menyertai kategori Politeknik yang turut disertai oleh 8 buah politeknik yang menyertai kategori berkumpulan lelaki manakala hanya 5 buah politeknik sahaja yang menyertai kategori berkumpulan wanita. 

Walaupun hadiah yang ditawarkan melibatkan 2 kategori yang berbeza, tetapi pemain lelaki dan pemain wanita bertanding dalam satu kategori sahaja disebabkan bilangan peserta yang menyertai kategori ini tidak terlalu ramai bilangannya. Pemenang ditentukan berdasarkan mata tertinggi yang berjaya dikumpul oleh setiap peserta mengikut kategori pemain.

Pencapaian Pasukan Catur PSIS dalam Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED)

Alhamdulillah ada rezeki berpihak kepada pasukan PSIS dalam Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED) pada kali ini..  Di mana kami berjaya memenangi 4 hadiah iaitu:

Johan Individu Wanita dalam Kategori Politeknik


Neverita Nazarius berjaya menjadi Johan Kategori Individu Wanita dalam kategori Politeknik setelah berjaya mengumpul 6 mata

 Naib Johan Individu Lelaki dalam Kategori Politeknik


Mohamad Arifin Januri berjaya menjadi Naib Johan Kategori Individu lelaki dalam kategori Politeknik setelah berjaya mengumpul 7 mata

Mohamad Arifin Januri berhadapan dengan jaguh bertahan Muhd Afiqal Mohd Shamsir dari Politeknik Kota Melaka dalam pusingan akhir kejohanan.

Tempat Ketiga Team Wanita dalam Kategori Politeknik


Pasukan Catur Wanita PSIS berjaya memenangi tempat ke 3 Kategori berpasukan wanita dalam kategori Politeknik setelah berjaya mengumpul 17.5 mata

Johan Staf Politeknik dalam kategori Open

Encik Muhamad Anuar Bin Marsib menang kategori staf politeknik dalam kategori Open..

Setakat ini sahaja pencapaian pasukan Catur PSIS dalam Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED). Secara keseluruhannya, masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi pengalaman para pemain dalam menyertai kejohanan-kejohanan besar seperti ini.

In Shaa Allah, sekiranya mereka di beri lebih banyak pendedahan, prestasi mereka pasti akan dapat dipertingkatkan lagi dalam cabaran kejohanan PMSICO yang akan datang.


Pasukan Catur PSIS bergambar kenangan dengan VVIP Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED)

Bergambar kenangan dengan para pemenang Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... Semoga  Pasukan Catur PSIS lebih cemerlang lagi dalam kejohanan catur yang akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes