1.0 Laporan Pertandingan
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, DRS2071 Catur dan Kelab Catur PSIS sekali lagi dapat menjayakan Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS sesi Disember 2018 pada 3 Mac 2018 yang lalu. Kejohanan Catur pada kali ini adalah anjuran kelab catur – DRS2071 dengan kerjasama Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSIS.
Kejohanan berjalan dengan lancar dan jayanya mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kesemua peserta juga telah memberi komitmen yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS sesi Disember 2017 ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar bagi mengendalikan sesebuah program seperti yang telah dipelajari dalam tajuk “Pengurusan Aktiviti”. Ini kerana, untuk menjayakan program ini pelajar perlu melaksanakan beberapa perkara seperti membentuk Organisasi, mengadakan mesyuarat, menghantar surat permohonan, membuat kertas kerja, melaksanakan tugas yang telah diagihkan dan akhir sekali melaksanakan program (membantu pelajar untuk mencapai CLO1 (Mempamerkan kompetensi kemahiran khusus yang dipelajari) dan CLO2 (Bekerjasama menganjurkan aktiviti berdasarkan penguasaan kemahiran yang dipelajari).
Kejohanan Catur ini telah disertai seramai 62orang peserta. Para peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program ini dimulai dengan pendaftaran para peserta pada jam 8 pagi dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Pada jam 9.15 pagi, pendaftaran ditutup. Kejohanan telah dirasmikan oleh Pengarah Kejohanan iaitu Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan. Sejurus selepas itu penasihat kelab catur PSIS iaitu Encik Muhammad Anuar Bin Marsib menyampaikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai peraturan pertandingan ini, sebelum pertandingan dimulakan. Sekali lagi Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan telah dilantik sebagai Pairing Arbiter juga merangkap sebagai Chief Arbiter pada kejohanan pada kali ini. Manakala Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar pula dilantik sebagai Arbiter kejohanan.
Pusingan pertama bermula pada jam 9.30 pagi. Masa yang diperuntukkan untuk setiap pusingan adalah 20 minit dan 10 minit masa rehat diberikan sebelum memulakan pusingan seterusnya hingga ke pusingan ketujuh.
Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:-
Jadual 1: Tentatif Program Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS
Sesi Disember 2017
Tarikh : 18 Februari 2018 | ||
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS | ||
Masa | Perkara | AJK Pelaksana |
8.00 - 9.00 pagi | Pendaftaran dan sarapan pagi | AJK Pendaftaran dan Makanan |
9.00 - 9.10 pagi | Ucapan penasihat kelab | AJK Protokol & Cenderahati |
9.10 - 9.30 pagi | Pusingan Pertama | AJK Pertandingan |
9.40 - 10.00 pagi | Pusingan Kedua | AJK Pertandingan |
10.10 - 10.30 pagi | Pusingan Ketiga | AJK Pertandingan |
10.40 pagi - 11.00 pagi | Pusingan Keempat | AJK Pertandingan |
11.10 pagi - 11.30 pagi | Pusingan Kelima | AJK Pertandingan |
11.40 pagi - 12.00 tengahari | Pusingan Keenam | AJK Pertandingan |
12.10 tengahari - 12.30 tengahari | Pusingan Ketujuh | AJK Pertandingan |
12.40 tengahari - 1.00 tengahari | Pusingan Kelapan | AJK Pertandingan |
1.10 tengahari - 1.30 tengahari | Pusingan Kesembilan | AJK Pertandingan |
1.30 tengahari - 2.00 petang | Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah | AJK Protokol & Cenderahati |
2.00 petang - 2.30 petang | Solat Zohor, Makan Tengahari & Bersurai | AJK Makanan, Persiapan Tempat & Peralatan |
Gambar-gambar Kejohanan Catur Bliss Tertutup Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi Disember 2017
Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan dan Arbiter Encik Muhamad Anuar Bin Marsib bergambar kenang-kenangan bersama dengan para peserta Kejohanan Catur Bliss Tertutup Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi Disember 2017
Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan menunjukkan isyarat bagus kerana pertandingan berjalan lancar. Turut bersama dengannya Arbiter Kejohanan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar di meja arbiter dan keputusan pertandingan.
Para pemain sedang mencari buah fikiran untuk memenangi permainan masing-masing sambil diawasi oleh arbiter kejohanan Encik Muhamad Anuar Bin Marsib dan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
Para peserta sedang fokus terhadap permainan catur masing-masing.
2.0 Keputusan Pertandingan:
Pertandingan Catur pada kali ini disertai oleh pelajar PSIS daripada berbagai jabatan seperti Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). Para pelajar PSIS telah mempamerkan daya juang yang tinggi untuk memenangi setiap perlawanan .
Berikut merupakan keputusan Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS Disember 2017:
SENARAI NAMA PEMENANG KEJOHANAN CATUR BLISS TERTUTUP PSIS DISEMBER 2017
KATEGORI LELAKI
BIL | NAMA PELAJAR | KAD MATRIKS |
1. | SHAHIRUL AZRIN BIN MOHD JAZRY | 17DIB15F2060 |
2. | MUHAMMAD ARIFF BIN HASHIM | 17DKA17F1067 |
3. | MOHD ROKIE BIN LADJA | 17DEP17F1058 |
4. | ABDULLAH DAIM FAHMI BIN AHMAD TARMIDZI | 17DUP15F2024 |
5. | MUHAMMAD AKMAL BIN ROZALI | 17DTK17F1091 |
KATEGORI WANITA
BIL | NAMA PELAJAR | KAD MATRIKS |
1. | NUR FARAH AQILAH BINTI SAMSUL FITR | 17DIB17F2142 |
2. | SITI ZULAIKHA BINTI SA’DON | 17DAS17F1025 |
3. | NURUL ALIA WAHIDA BINTI ZAINUDDIN | 17DIB16F1027 |
4. | NUR ASLINDA BINTI SHAHRIL | 17DKA17F1039 |
5. | FADILAH BINTI ABDUL AMAT | 17DIB17F1039 |
Gambar-gambar pemenang bagi Kategori Lelaki dan Wanita |
Para Pemenang Kategori Lelaki bersama dengan Encik Che Samsuriza B. Che Noh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Idris Shah, Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan serta Arbiter Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
Para Pemenang Kategori Wanita bersama dengan Encik Che Samsuriza B. Che Noh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Idris Shah, Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan serta Arbiter Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan dating. Melalui kejohanan ini kita telah dapat mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada kalangan pelajar PSIS. Selain itu pada masa yang sama telah menarik lebih ramai pelajar PSIS untuk meminati sukan catur dengan lebih mendalam sekaligus mewakili PSIS untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di kejohanan catur PMSICO dan SUKIPT.
Disediakan Oleh,
……………………………….......
Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan
Pengarah
Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS Sesi Disember 2017